Falsafah Pendidikan Guru menjadi teras kepada pembentukan pemikiran dan amalan guru-guru dari aspek pengetahuan, keterampilan, sahsiah dan etika guru.
Falsafah pendidikan
merupakan salah satu falsafah yang digariskan dalam sistem pendidikan negara. Sebelum
tahun 1982, pendidikan guru di Malaysia mempunyai satu falsafah yang
tersurat dalam bentuk dokumentasi. Falsafah pendidikan merupakan suatu sistem
kepercayaan, pegangan dan prinsip yang membincangkan pelbagai hal pendidikan
dan pengajaran yang patut dijalankan di sekolah atau bilik darjah.
Falsafah
Pendidikan Guru (FPG) menjadi teras kepada pembentukan pemikiran dan
amalan guru-guru dari aspek pengetahuan, sahsiah, keterampilan, dan
etika. Dari segi aspek pengetahuan, seseorang guru perlu mempunyai pengetahuan
yang mendalam mengenai subjek yang hendak diajar tidak kira guru tersebut
pernah menerima latihan perguruan ataupun tidak. Seseorang guru juga perlu
mengetahui serta mengapplikasikan kaedah atau cara penyampaian yang pelbagai
dan berkesan supaya murid-murid dapat memahami apa yang dipelajari. Kesannya,
proses pengajaran dam pembelajaran dalam bilik darjah akan lebih efektif dan
berkesan.
Seterusnya, seseorang guru haruslah mempunyai sahsiah yang baik kerana sahsiah seseorang guru akan mempengaruhi tingkah laku dan pemikiran murid. Sebelum membentuk sahsiah pelajar, guru perlulah terlebih dahulu mempunyai sahsiah yang baik agar dapat menjadi contoh kepada para murid. Sebagai contoh, setiap tindakan guru perlu dilakukan secara bijaksana, mempamerkan kematangan, berpekerti mulia dan sikap bekerjasama dengan guru-guru yang lain. Menurut Prof. Mohd Kamal Hasan (1998), “contoh teladan guru inilah yang banyak membantu dalam pembentukan akhlak pelajar. Mereka seharusnya terlebih dahulu dilengkapi dengan ciri akhlak yang mulia, walaupun ada segelintir masyarakat yang kurang menghargai watak berbudi luhur ini.”
Selain
itu, etika seseorang guru yang bermaksud aspek yang berkaitan dengan tingkah
laku seseorang yang diterima dan dipersetujui oleh sekumpulan masyarakat. Oleh
itu, guru perlulah sentiasa bekerja dengan ikhas, amanah,
bertanggungjawab terhadap individu,
masyarakat, agama dan negara. Secara
umumnya, dengan perlakuan yang baik, cara bekerja seseorang individu dapat
mencapai hasil yang berkualiti di samping memperbaiki imej organisasi. Tujuan
etika guru diwujudkan adalah untuk mengawal tingkah laku para guru agar mereka
dapat menggunakan segala pengetahuan, kepekaan serta kemahiran yang ada untuk
kebaikan semua pihak. Sebagai rumusannya, guru haruslah mempunyai prinsip etika
yang telah digariskan dalam profesion keguruan begitu juga dengan nilai
utama yang difokuskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia untuk dijadikan
sebagai panduan.
Keterampilan di kalangan guru merupakan faktor utama untuk merealisasikan misi nasional bagi melahirkan modal insan yang berkualiti. Hal ini kerana, dengan adanya keterampilan seseorang guru, ianya mampu untuk meningkatkan kuasa professional, keberkesanan tugas, kreativiti dan inovasi, keyakinan diri dan kewibawaan guru dalam pelaksanaan tugas. Sebagai contoh, guru bersemangat tinggi dalam perkhidmatan, bermatlamat yang jelas, mampu dan berkebolehan komunikasi yang baik dan seterusnya. Guru haruslah memelihara penampilan keterampilan diri kerana keterampilan guru memberikan satu gambaran bahawa guru sememangnya mempunyai ilmu dan kemahiran yang tinggi serta nilai diri yang positif dan minda yang sihat. Standard ini tercapai apabila guru, berpakaian kemas dan sesuai , bertingkah laku secara sopan, menggunakan bahasa yang santun dan cara petuturan yang jelas serta menyakinkan dan memiliki perwatakan mesra murid dan masyarakat. Oleh itu, Keterampilan ini merupakan elemen penting dalam diri seseorang guru sama ada di dalam atau di luar kawasan sekolah. Justeru itu , guru perlulah mempunyai keterampilan diri supaya mampu untuk meberi kesan yang baik terhadap masyarakat dalam mendidik generasi di peringkat persekolahan.
Vanessa Rawa Anak Joseph
D20202096376
Comments
Post a Comment