Analisis Komponen Standard Guru Malaysia Ke Arah Melahirkan Guru Malaysia Yang Bertaraf Dunia

Standard Guru Malaysia (SGM) menggariskan kompetensi profesional yang patut dicapai oleh guru, dan keperluan yang patut disediakan oleh agensi dan institusi latihan perguruan bagi membantu guru mencapai tahap kompetensi yang ditetapkan. Dokumen ini disediakan sebagai panduan dan rujukan kepada guru, pendidik guru, agensi dan institusi latihan perguruan dalam usaha untuk melahirkan dan melestarikan guru berkualiti. Dokumen ini akan disemak semula secara berkala bagi tujuan penambahbaikan berterusan.


Standard Guru Malaysia mempunyai dua komponen utama yang saling berkait iaitu Standard (S) dan Keperluan (K).

 

Standard (S) merangkumi tiga aspek berikut:

S1 – Amalan Nilai Profesionalisme Keguruan: Standard ini memperincikan kompetensi amalan nilai profesionalisme keguruan berdasarkan domain diri, profesion dan sosial, yang patut ada pada seseorang guru.

Ø  Domain Diri

-          Domain ini merujuk kepada pegangan nilai diri guru yang sedia ada dan patut dikembangkan supaya guru boleh memberi sumbangan yang lebih berkesan kepada profesion keguruan bagi mencapai matlamat sistem pendidikan negara.

 

Ø  Domain Profesion

-          Domain ini merujuk kepada pegangan nilai yang patut diamalkan secara telus oleh guru dalam menjalankan tugasnya sebagai seorang guru yang profesional. Nilai nilai yang ditekankan dalam domain ini adalah kecintaan terhadap profesion, berketerampilan, integriti, teladan, mengamalkan kerja sepasukan, proaktif, kreatif dan inovatif.

 

Ø  Domain Sosial

-          Guru berperanan sebagai agen sosialisasi dan penjana modal insan dalam masyarakat. Nilai-nilai utama yang patut diamalkan oleh guru adalah keharmonian, kemahiran sosial, semangat bermasyarakat, patriotisme dan kecintaan terhadap alam sekitar.


S2 – Pengetahuan dan Kefahaman: Standard ini memperincikan kompetensi ilmu pengetahuan dan kefahaman tentang subjek pengkhususan, ilmu pendidikan, kurikulum dan kokurikulum yang patut ada pada seseorang guru. Bidang pengetahuan yang patut dikuasai oleh guru adalah seperti berikut:

Ø  S2.1 - Falsafah, matlamat, dan objektif pendidikan yang menjadi teras dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran.

 

Ø  S2.2 - Falsafah, matlamat, objektif kurikulum dan kokurikulum, hasil pembelajaran, dan keperluan pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran yang diajarkan.

 

Ø  S2.3 - Kandungan mata pelajaran yang diajarkan.

 

Ø  S2.4 - Kandungan Ilmu Pendidikan

 

Ø  S2.5 - Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK), media dan sumber pendidikan dalam pelaksanaan kurikulum dan kokurikulum.

 

Ø  S2.6 - Strategi untuk mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif.

 

Ø  S2.7 - Kaedah pentaksiran dan penilaian, dan penyelidikan tindakan untuk menambah baik amalan pengajaran dan pembelajaran.

 

Ø  S2.8 - Potensi murid dan cara mengembangkannya secara menyeluruh dan bersepadu.

 

S3 – Kemahiran Pengajaran dan pembelajaran: Standard ini memperincikan kompetensi kemahiran pengajaran dan pembelajaran yang patut dikuasai oleh seseorang guru. Kemahiran yang patut ada pada semua guru adalah seperti yang berikut:

Ø  S3.1 Kemahiran menyediakan perancangan pengajaran dan pembelajaran berdasarkan Sukatan Pelajaran dan takwim dengan mengambil kira perbezaan kebolehan, pengetahuan sedia ada, serta jangkaan pencapaian murid.

 

Ø  S3.2 Kemahiran melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan pelbagai pendekatan, kaedah dan teknik serta mengintegrasikan kemahiran berfikir, kemahiran belajar, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, kemahiran pemudah cara dan kemahiran mentafsir dan menilai.

 

Ø  S3.3 Kemahiran memantau, mentafsir dan menilai keberkesanan pengajaran dan pembelajaran bertujuan memperbaik pengajaran guru dan meningkatkan pencapaian murid.

 

Ø  S3.4 Kemahiran mengurus bilik darjah; melibatkan pengurusan hubungan kemanusiaan, masa, ruang. dan sumber untuk mencapai pembelajaran yang bermakna dan berkesan.

 

 

 

Keperluan (K) – Agensi dan institusi latihan perguruan patut menyediakan keperluan latihan dengan mengambil kira dasar kerajaan, peruntukan kewangan, pekeliling am dan arahan pentadbiran, tuntutan serta perkembangan semasa. Lima keperluan penting latihan perguruan telah dikenalpasti bagi memastikan guru mencapai tahap kompetensi yang diharapkan iaitu:

K1 – Kelayakan Masuk dan Prosedur Kemasukan Program Latihan Perguruan: Keperluan ini memperincikan syarat dan kriteria serta prosedur pengambilan calon yang mengikuti program latihan perguruan, agensi dan institusi latihan perguruan patut mematuhi syarat dan prosedur berikut:

v  K1.1 Mengiklankan permohonan

 

v  K1.2 Menapis semua permohonan dan memanggil calon yang layak untuk menduduki ujian kelayakan K1.3 Memanggil calon guru yang melepasi ujian kelayakan

 

v  pada tahap yang ditetapkan untuk menghadiri temu duga

 

v  K1.4 Melaksanakan sesi temu duga calon guru K1.5 Membuat tawaran kepada calon guru yang berjaya

 

v  K1.6 Mendaftar calon guru berpandukan buku panduan pendaftaran

 

v  K1.7 Menandatangani perjanjian latihan perguruan

 

K2 – latihan, Pentaksiran dan Penilaian: Keperluan ini memperincikan program latihan, sistem pemantauan, dan pentaksiran dan penilaian. Bagi memenuhi keperluan latihan, pentaksiran dan penilaian latihan perguruan, agensi dan institusi latihan perguruan patut menyediakan perkara berikut:

v  K2.1 Kurikulum latihan

 

v  K2.2 Sumber manusia yang berkelayakan, kompeten, dan mencukupi

 

v  K2.3 Program terancang bagi guru pelatih memperoleh pengetahuan dan pengalaman di sekolah

 

v  K2.4 Sumber pengajaran dan pembelajaran

 

v  K2.5 Pentaksiran dan penilaian berdasarkan peraturan peperiksaan dan penilaian yang sedang berkuat kuasa

 

K3 – Kolaborasi: Keperluan ini memperincikan permuafakatan antara agensi dan institusi latihan perguruan dengan pihak sekolah, institusi pendidikan tinggi tempatan dan luar negara, badan bukan kerajaan serta lain-lain institusi yang boleh memantapkan lagi latihan perguruan.

 

K4 – Infrastruktur: Keperluan ini memperincikan prasarana pengajaran dan pembelajaran, informasi dan komunikasi bagi mengoptimum kecekapan dan keberkesanan program latihan.Bagi menyokong pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan, bermakna dan menyeronokkan, agensi dan institusi latihan perguruan patut menyediakan prasarana dan sumber yang lengkap dan terkini seperti yang berikut:

v  K4.1 Menyediakan kemudahan fizikal yang sesuai dan mencukupi bagi memenuhi keperluan kurikulum dan kokurikulum, pengurusan dan pentadbiran, serta kebajikan pelajar dan staf berdasarkan spesifikasi standard dan kos yang sedang berkuatkuasa.

 

v  K4.2 Menyediakan rangkaian infrastruktur yang bersepadu untuk menyokong aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan dan pentadbiran.

K5 – Jaminan Kualiti: Keperluan ini memperincikan semua aspek perancangan dan pelaksanaan dasar, strategi, prosedur serta aktiviti bagi mewujudkan keyakinan bahawa kualiti latihan sentiasa terpelihara dan ditingkatkan secara berterusan. Mekanisme jaminan kualiti merupakan aspek penting bagi memastikan latihan perguruan yang dilaksanakan kekal bermutu tinggi. Pemantauan, penilaian, pelaporan perlu dibuat terhadap perkara-perkara berikut bagi menjamin kualiti latihan perguruan:

v  K5.1 Pemastian jaminan kualiti terhadap Standard

 

v  K5.2 Pemastian jaminan kualiti terhadap Keperluan

 

v  K5.3 Penandaarasan latihan perguruan

 

v  K5.4 Pemastian Kod Amalan Jaminan Kualiti Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)

 

Guru Unggul – Guru unggul ialah guru yang mempunyai kemahiran dalam menguruskan kaedah pengajaran dengan baik. Seorang guru perlu mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang mendalam tentang bidangnya. Interaksi dua hala antara guru dengan murid dan murid dengan guru memain peranan penting supaya isi pelajaran dapat disampaikan serta difahami oleh murid. Antara ciri-ciri guru unggul ialah mempunyai kemahiran pertuturan antara murid yang bagus dan mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi tentang mata pelajaran yang diajar.

Modal Insan Unggul – Modal insan ditakrifkan sebagai ciri-ciri yang dimiliki oleh manusia yang menyebabkan mereka lebih produktif. Modal ini tidak boleh dipindahkan kepada seseorang kepada seseorang yang lain tetapi seseorang perlu melabur untuk mendapatkannya. Ia dibentuk atau dipupuk melalui pelaburan terhadap pendidikan, latihan sebelum bekerja, latihan semasa bekerja, kesihatan, penghijrahan dan usaha mencari maklumat yang dapat meningkatkan taraf hidup seseorang. Pembangunan modal insan pula merupakan suatu proses bertujuan untuk melahirkan jiwa yang bertaqwa. Ketiadaan jiwa yang bertaqwa akan mengakibatkan fungsi akal dan fizikal menjadi lumpuh. Di samping itu, pembangunan modal insan juga adalah pembangunan yang penuh dengan keinsanannya. Ia harus dilengkapi dengan pembangunan jiwa, hati dan naluri bagi melahirkan insan yang ada sifat keinsanannya.

# Perincian standard dan keperluan yang digariskan amat penting bagi menjamin program latihan yang dilaksanakan akan menghasilkan guru yang kompeten, kreatif, inovatif dan berketerampilan.


Disediakan oleh,

Wan Muhamad Faiz Bin Wan Khairi Anuar

D20202096378

Comments

Popular posts from this blog

Pembentukan Falsafah Pendidikan Guru (FPG) dan kandungannya secara yang tersurat dan tersirat.

Falsafah Pendidikan Guru menjadi teras kepada pembentukan pemikiran dan amalan guru-guru dari aspek pengetahuan, keterampilan, sahsiah dan etika guru.