Kategori kerjaya guru sebagai profesional dalam perkhidmatan awam
Profesionalisme ialah sifat-sifat (kemampuan, kemahiran, cara pelaksanaan sesuatu dan lain-lain)sebagaimana yang sewajarnya terdapat pada atau dilakukanoleh seorang profesional.Profesionalisme adalah tingkahlaku, kepakaran atau kualiti dari seseorang yang profesional.
i. Sifat dan kualiti peribadi
Sifat dan kualiti
peribadi seorang guru adalah amat penting kerana guru menjadi contoh kepada
murid-murid. Seseorang guru yang baik mestilah memiliki sifat dan kualiti
seperti jenaka,baik hati dan bertimbang rasa,sabar,bertanggungjawab,yakin dan
kepimpinan.
ii. Sifat dan kualiti profesional
Sifat dan
kualiti profesional yang tinggi mestilah ada pada seseorang guru yang
bertauliah. Ini penting kerana guru yang mempunyai sifat dan profesional yang
tinggi akan dapat melakukan dan melaksanakan tugasnya dengan berkesan. Oleh
yang demikian, walaupun seseorang guru yang memiliki ijazah daripada unversiti
mereka tidak semestinya guru yang baik. Antara sifat dan kualiti yang mesti ada
pada guru supaya dapat menyampaikan pelajaran dengan cekap dan berkesan ialah
ingin tahu,pengetahuan ikhtisas,suka membaca,kemahiran bertutur,daya ingatan
dan daya usaha.
iii. Sifat dan kualiti sosial
Tugas dan
kewajipan guru tidak terhad di dalam bilik darjah sahaja. Seseorang guru juga
hendaklah melakukan kerjasama sesama guru lain untuk meningkatkan kemajuan
pelajaran dan pendidikan murid-murid di sekolah. Ini kerana ia bergantung
kepada kerjasama dan muafakat diantara semua golongan guru di sekolah itu.
Selain itu imej guru dapat dipertingkatkan jikalau guru sentiasa melibatkan
diri secara aktif dalam kegiatan masyarakat .Oleh yang demikian, konsep guru
yang berjaya pada masa sekarang bukan hanya ditinjau dari segi sifat dan
kualiti peribadi dan profesional semata-mata, tetapi juga darisegi sosial.
Antara sifat dan kualiti sosial seseorang guru ialah budi pekerti,ramah
mesra,merendah diri,semangat berbakti dan jujur.
iv. Pengetahuan dan Kemahiran
Untuk menjadi guru
bertauliah, seseorang mesti memperoleh pengetahuan dan kemahiran spesifik
melalui latihan dalam suatu tempoh yang berpanjangan.pengetahuan yang perlu
dikuasai oleh guru termasuk pengetahuan tentang falsafah dan sejarah pendidikan
,
Pengetahuan isi
kandungan mata pelajaran,Pengetahuan kandungan pedagogi ,Pengetahuan mengenai
kurikulum ,Pengetahuan tentang pengurusan bilik darjah, Pengetahuan
mengenai pentadbiran dan budaya sekolah.
v. Perkhidmatan Unik
Profesion
perguruan adalah bidang yang memberi perkhidmatan yang unik dan diperlukan oleh
masyarakat. Keunikannya hanya akan dirasai dan diketahui oleh mereka yang
terlibat dalam profesion ini. Hanya guru sahaja yang berkemampuan memberi
perkhidmatan pendidikan terbaik kepada masyarakat untuk membangankan
personaliti, kebolehan mental dan fizikal setiap pelajar.
Rumusan
Oleh itu, profesion guru adalah profesion dalam perkhidmatan awam yang layak dipanggil sebagai satu kerjaya yang professional kerana mempunyai ciri-ciri dan kriteria sebuah kerjaya yang professional seperti yang dinyatakan di atas. Pendek kata, tugas seorang guru bukan mengajar semata-mata, malah boleh juga melakukan tugas-tugas golongan professional yang lain.
Disediakan oleh,
Harvey Kebing Henry
D20202096377
Comments
Post a Comment