Pembentukan Falsafah Pendidikan Guru (FPG) dan kandungannya secara yang tersurat dan tersirat.

Pembentukan Falsafah Pendidikan Guru (FPG)

Sebelum tahun 1982, pendidikan guru di Malaysia tidak mempunyai satu falsafah yang tersurat dalam bentuk dokumentasi. Pendidikan guru yang ada bergerak selari dengan matlamat negara yang dinyatakan dalam Laporan Pelajaran seperti Penyata Razak (1956), Laporan Rahman Talib (1961) dan Rancangan Malaysia. Pada 1979, Laporan Jawatan Kuasa Kabinet telah menetapkan hala tuju pendidikan guru di Malaysia iaitu :

I. Menghasilkan guru yang mempunyai kesedaran dan daya pemikiran untuk mengendalikan pengajaran dan pembelajaran secara interaktif bagi mengembangkan potensi murid.

II. Melahirkan guru yang dapat membudayakan ilmu dalam masyarakat.

  

  Tahun 1982, Kementerian Pendidikan Malaysia (Bahagian Pendidikan Guru) telah menggubal dan mendokumentasikan Falsafah Pendidikan Guru dengan rasminya. Objektif utama Falsafah Pendidikan Guru tersebut didokumentasikan adalah untuk menjadi rujukan, panduan, amalan dan wawasan kepada semua institusi yang melahirkan guru-guru di Malaysia.

 

 

Kandungan Falsafah Pendidikan Guru (FPG)

 

i. KANDUNGAN TERSURAT

 

BIL

KANDUNGAN FALSAFAH PENDIDIKAN GURU (TERSURAT)

KETERANGAN KANDUNGAN

1.

Berpekerti mulia

Guru yang bersedia meletakkan kepentingan utama kepada pihak/orang lain (murid, ibu bapa, masyarakat dan negara) melebihi diri sendiri.

2.

Berpandangan progresif dan saintifik

Guru yang sentiasa berfikiran positif, proaktif, inovatif dan motivatif serta mempunyai minda yang kehadapan dan sentiasa memperkembangkan ilmunya.  

3.

Bersedia menjunjung aspirasi negara

Guru yang sentiasa meletakkan hasrat dan matlamat negara sebagai keutamaan.

4.

Menyanjung warisan kebudayaan negara

Meletakkan diri sebagai contoh untuk mengekalkan nilai-nilai yang menjadi warisan kebudayaan negara agar menjadi teladan kepada murid, ibubapa dan masyarakat.   

5.

Menjamin perkembangan individu

Sentiasa memberi keutamaan dan memastikan setiap murid diberi peluang untuk mengembangkan potensi secara menyeluruh dan bersepadu yang merangkumi aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani, secara terbimbing dalam aktiviti pembelajaran dan aktiviti kokurikulum.

6.

Memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu

Guru perlu mengekalkan keharmonian dalam masyarakat majmuk dengan menekankan unsur bersatu padu dalam aktiviti yang dijalankan dan memastikan setiap murid sentiasa berinteraksi antara satu sama lain tidak mengira kaum.

7.

Memelihara suatu masyarakat yang demokratik

Sentiasa memberi peluang kepada murid-murid untuk membuat keputusan dan berlaku adil dalam membuat keputusan serta bertindak berasakan pertimbangan wajar.

8.

Memelihara suatu masyarakat yang progresif

Memberi penekanan kepada aspek inovatif, kreatif, analitik, kritikal, holistik, bersepadu dalam melaksanakan tugas bagi membentuk murid yang dapat berfikiran secara progresif dan saintifik bagi memupuk sifat gemar menyiasat dan mereka cipta.

9.

Memelihara suatu masyarakat yang berdisiplin

Memastikan keharmonian, keselamatan dan keamanan menerusi penerapan nilai etika dan peraturan yang mesti dipatuhi untuk oleh murid agar membentuk masyarkat yang cemerlang dan berdisiplin.

 

 

ii. KANDUNGAN TERSIRAT

 

BIL

KANDUNGAN FALSAFAH PENDIDIKAN GURU (TERSIRAT)

KETERANGAN KANDUNGAN

1.

Cabang falsafah melalui metafizik

Menjamin perkembangan individu dan memelihara masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin.

2.

Cabang falsafah melalui epistemologi

Ilmu berkembang selaras mengikut peredaran dan kemajuan semasa agar tidak ketinggalan zaman.

3.

Cabang falsafah melalui asikologi

Guru berpekerti mulia menunjukkan aspirasi negara dan menyanjung warisan kebudayaan negara dengan beretika serta taat dan patuh kepada peraturan dan sebagainya.

4.

Cabang falsafah melalui logik

Amalan atau nilai yang baik dalam melakukan tugas secara profesional dapat mempertingkatkan mutu profesion dan kualiti perguruan.

 

Disediakan oleh, 

Muhammad Fikri Bin Ismail 

D20202096375

Comments

Popular posts from this blog

Analisis Komponen Standard Guru Malaysia Ke Arah Melahirkan Guru Malaysia Yang Bertaraf Dunia

Falsafah Pendidikan Guru menjadi teras kepada pembentukan pemikiran dan amalan guru-guru dari aspek pengetahuan, keterampilan, sahsiah dan etika guru.